Monday, March 30, 2009
kalu ambo jd PM...ambo nk sruh sidang bele2 selo...teko bakpo???coz ambo xse wi duit wi ko bwoh mejo(rasuah)...
besides that,ambo nk sruh wak blik mampuh....sapo2 hk main rasuah ko kuat bodek ko kito wak msuk blik ni...pah kito pakat2 mampuh dio sapo dio nyesal...
lebih genius lg,ambo nk sruh parti2 bwoh ambo ni anjur ke sukaneka skali sebule....maso ni demo2 tu bleh la nk lepah gere dgn main koto maso tandin....natijahnya,maso pilihe rayo nati demo2 tu puah dh wak jahat ko gu2 sdiri......
final step,ambo nk wujud ke PRS iaitu PEMBIMBING RAKN SEBAYA utk ahli2 politik ni spayo demo ni bleh tolon menolon antaro satu samo lain...bak kata nenek moye kito:
bagai aur dgn tebing
maaf la kalu ambo timbuk jiwo sapo2....maklumla ambo ni hanyo rakyat biaso xsupo ahli2 politik tu wak saloh pun xkeno gapo kehnyo dio sumat duit mulut senyap tipah blako.....
sekian dlu coretan dri ambo.....majulah rasuoh runtuh negaro!!!!!!!
sdak la skoloh kat sic....cuti sokmo..mano nk cari skoloh gini dale malaysia ni....tyo la bdok skewl tun fatimah n maktab sultan abu bakar....nk take five pun xleh sero(ayat sonsang cg maizom aja)......tp ambo rusin gok keh syllybus xhbih lg ni.....spm brapo ratus hri lg....tkut xde yah nk cover semo...hok nyanyo sapo...skoloh gok coz rizak maybe jatuh(harap2 xla...)
tp takpo ambo duk rumoh supo duk skoloh gok....juruh n ngadap buku 24je....sesiapo yg baco ni doa2 ke la ambo biar bleh 9A1 SPM ni......kalu bleh wak mari pulut kunin skali......
kpd alphalanges(cari dale bio gapo phalanges xpun tyo cg asmani....)ambo harap kito wak molek la thun ni biar bleh straight A1 blako...insyallah bleh kalu tuhe nk wi.....
breh laluw(ayt UNCLE DAN...)ambo pun nk tido supo ore lain tp xleh nk tido(pyakit insomnia kali....)
sbagai khalifah di bumi ni....ambo nk wi ayat medih ckit: Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit
sekian trimas.....
Monday, March 16, 2009
RAKAN SEBAYAKU
SUDAH 17 TAHUN KITA HIDUP DI DUNIA
TAPI BARU SEKARANG BERDEPAN DGN UJIAN REALITI KEDUNIAAN
IAITU SPM DI TINGKATAN 5
RAKAN SEBAYAKU
SEDARLAH
GIATKANLAH USAHA,AMINKANLAH DOA DAN CARILAH KEBERKATAN PARA GURU DAN IBU BAPA
DEMI KECEMERLANGAN UTK DIRI KITA
RAKAN SEBAYAKU
PILIHLAH KESEDIHAN ATAU KEGEMBIRAAN DI MATA DAN HATI GURUMU
PILIHLAH AIR MATA ATAU UCAPAN SYUKUR DRPD IBU BAPAMU
PILIHLAH KEGAGALAN ATAU KEJAYAAN YG KITA MAHUKAN
RAKAN SEBAYAKU
HANYA INI YG MAMPU KU UKIRKAN DI DALAM STIAP BIBIT SAJAK KU INI
UTK MNGUBAH MINDA DAN PERSEPSI DIRI STIAP INSAN YG BERGELAR PELAJAR
RAKAN SEBAYAKU
BERUBAHLAH,BERUBAHLAH,BERUBAHLAH.......
ORIGINALITY NUKILAN : N.ROONEY
Saturday, March 14, 2009
| Sepasang orang tua datang ke restoran Mc Donald dengan saling berpegangan tangan. Mereka duduk disebuah bangku panjang berdua, disamping seorang anak muda. Si datuk segera berdiri dan memesan makanan, sebuah hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman. Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi hamburger menjadi 2 bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua 'straw' minuman, menaruh gelas minuman tepat ditengah meja. Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang datuk-nenek itu dengan penuh minat. Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata: "Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?" Si datuk menjawab : "tak payah terima kasih.kami memang selalu berkongsi makanan yang sama" Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tissue, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya. Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata : "Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini ?"Si Nenek menjawab; " Tidak terima kasih. . " Terus si Anak muda bertanya lagi, "Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?" Kata si Nenek " Saya sedang menunggu gigi... ... ... .giliran saya selepas datuk... ..! |
Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.
Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur. Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.
Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur. Cara nak membersihkannya
Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.
Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.
Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing) .
Akhir kata........ "Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"
Monday, March 2, 2009
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....
Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!
P/s: 4wad laa ape Lagi!!..hehehe. Pastu gi lah solat….
Renung2kan Dan Selamat BeramaL!!...
Yg. Baik tuh dari ALLAH, yg. Buruk tuh Dari kite sume arrr.....
Subject: Cara-cara nak cover malu bila terjatuh
1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
2. Kalau terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...
3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...
4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..
5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....
6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalau takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....
7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....
Petua ini adalah rekaan semata-mata, kalau nak ikut, anda pikirlah sendiri....
